Apakah itu Pre-order?

Apakah itu Pre-order?

Pre-order bermaksud barang tersebut belum tersedia ada stock,bermakna pelanggan perlu membuat booking barang tersebut dengan membuat bayaran deposit dahulu kemudian stock akan sampai dalam masa seminggu selepas tarikh pre order tutup. Kek lapis dan Kek gulung coklat dibuat by order oleh customer kami tidak menyimpan ready stock yang terlalu banyak.
Kebiasaannya Pre-order akan dibuka selama tempoh 7 hari sahaja untuk setiap batch. Pelanggan dikehendaki merujuk kepada tarikh terkini yang dinyatakan bagi mengetahui tarikh batch semasa. Cth: P.O. Batch (29 May - 04 Jun 2017).
Penghantaran:
Tarikh penghantaran item akan dinyatakan bersama-sama dalam . Kami tidak melayan sebarang rayuan untuk penghantaran lebih awal. Kalau tak boleh tunggu dan nak juga bagaimana? Boleh, tetapi anda tidak boleh memilih jenis kek yang anda mahukan kerana ready stok adalah terhad. Pembayaran:
Tarikh akhir untuk membuat bayaran adalah tarikh tutup (6.00pm). Cth: P.O. Batch (12/6/2017 - 22/6/2017). Tarikh tutup adalah pada 07/6/2017. Item anda akan dibatalkan atau dibawa ke batch seterusnya jika berlaku kelewatan pembayaran.

Ready stock akan dihantar segera sehari atau COD hari yang sama selepas pembayaran anda, tidak perlu menunggu seperti pre-order yang mana kami yang menetapkan tarikh penghantaran kepada anda. Bagi yang URGENT atau sebagainya kami tidak menggalakkan pembelian pre-order.

Comments

Popular posts from this blog

Our Layer Cakes

SIAPA KAMI SEBENARNYA ??